BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 22, 2010

BUNGA KEBANGSAAN NEGERI MELAKA

BuNgA kEsIdAnG


Untuk pengetahuan anda semua, bunga kebangsaan negeri Melaka ialah Bunga Kesidang..
Saya selitkan serba sedikit maklumat tentang bunga ini..

>Sejenis pokok renek yang memanjat, berasal dari pulau Jawa. Daunnya bujur berwarna hijau muda serta bunga kecil berwarna putih,berjambak dan terbit pada pucuk dahan atau ketiak daun.

Nama saintifiknya Vallaris glabra. Batangnya keras dan padat berwarna kuning keputihan serta mengeluarkan getah putih yang amat lekit. Lekitnya tidak hilang jika tidak dicuci dengan sabun.

KeIStiMeWaAn NeGeRI MeLaKa


Antara keunikan dan tarikan di negeri Melaka :

Keistimewaan Negeri Melaka
Kereta Lembu

Beca

Pastikan anda mencubanya..!!!

MaKaNaN PoPuLaR Di MeLaKa


Terdapat bermacam-macam makanan istimewa di negeri Melaka. Begitu juga dengan msakan tradisionalnya yang lazat-lazat belaka..Di sini saya sertakan beberapa contoh makanan yang paling popular di Melaka..


Asam Pedas Ikan Pari

Masakan Negeri Melaka

Asam Pedas Ikan Pari (lada hitam)

Asam Pedas Ikan Pari (lada hitam)

Asam Pedas Ikan Tenggiri

Asam Pedas Ikan Tenggiri

Ayam Masak Merah

Ayam Masak Merah

Buah Melaka ( Onde-onde )

Buah Melaka ( Onde-onde )

Rendang Daging

Rendang Daging

Cencalok

A Famosa Water World...

JoM mAnDi-MaNdA...!!!

Peta Lokasi A Famosa Water World



Taman Tema Air yang canggih di Melaka. Terletak berdekatan Simpang Empat, Alor Gajah, Taman Tema Air A'Famosa dilengkapi dengan kemudahan rekreasi dan permainan air yang menepati tahap antarabangsa yang memenuhi citarasa keriangan dan keseronokan semua.

Waktu Dibuka :

Hari
Masa
Isnin, Selasa, Jumaat
12:00pm - 7:30 pm
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
9:00am - 8:00 pm

Taman Tema ini ditutup pada hari Rabu dan Khamis kecuali pada Cuti Umum dan Cuti Sekolah. Sementara jualan tiket ditutup pada 6.30pm (hari biasa) dan 7.00pm (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.)

Yuran Masuk :

Status
Yuran
Dewasa
RM 18.00
*Kanak - kanak
RM 13.00

*Tinggi lebih tiga kaki/Bawah 12 tahun
Yuran merangkumi semua permainan air.

Selain itu, Taman Tema Air A'Famosa turut menawarkan pelbagai kemudahan penginapan dan rekreasi antaranya:

  • Padang golf 27-lubang bertaraf antarabangsa

  • Rumah Kelab yang lengkap dengan pelbagai kemudahan

  • Pusat Ekuestrian dan Menunggang Kuda

  • Kolam Memancing Ikan

  • Sukan Air

  • Pusat Memanah

  • Kawasan Bermain Layang-layang

  • Trek Laluan Berbasikal dan Berjogging.

Untuk sebarang keterangan lanjut, sila hubungi:

A Famosa Water Theme Park Sdn. Bhd.
Jalan Kemus,
Simpang Empat,
78000 Alor Gajah
Melaka.
Tel: +606 552 0969

Fax: +606 552 0979

Replika Istana Kesultanan Melaka

Istana Kesultanan Melaka

Istana Kesultanan Melaka (replika Istana Kesultanan Melayu Melaka) terletak di kaki Bukit St. Paul. Replika Istana ini dibina semula berdasarkan catatan Sejarah Melayu yang menggambarkan keunikan senibina Istana Melayu, di zaman Sultan Mansur Shah yang memerintah dari tahun 1456 hingga 1477.Senang cerita, replika ni menggambarkan bentuk sebenar Istana Kesultanan Melaka pada ketika itu.

  • Ianya mempamerkan kepada anda semua suasana di Istana Kesultanan Melayu Melaka dan ruang-ruang tertentu seperti Balairung Seri, Balai Beradu serta ciri-ciri Adat Istiadat Raja-Raja Melayu di zaman Kesultanan Melayu Melaka.
  • Untuk menunjukkan keagungan institusi beraja sebagai warisan sejarah budaya Bangsa Melayu yang pernah menerajui Negeri Melaka suatu ketika dahulu disamping mengimbas kembali sejarah pertikaman Hang Tuah dan Hang Jebat dan pengajaran dari peristiwa tersebut.
  • Replika istana ini dibina pada tahun 1984 dan dijadikan sebagai Muzium Budaya apabila dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 17 Julai 1986. Keseluruhan bangunan ini diperbuat daripada kayu keras manakala atapnya dari kepingan kayu belian. Pembinaannya bercirikan seni pertukangan Rumah Melayu Melaka di mana sendi bangunan diperkuatkan dengan pasak sahaja.

Secara keseluruhannya muzium ini memperlihatkan fungsi dan peranan istana ketika itu dengan memaparkan Balairong Seri, Bilik Beradu Diraja dan balai-balai yang melambangkan ketamadunan masyarakat Melayu.

PuSaT mEmBeLi-BeLaH dI mELaKa..



Untuk membeli-belah di Melaka adalah amat mudah...Terdapat banyak shopping complex yang sesuai dengan citarasa dan juga bajet anda.Di sini saya selitkan beberapa tempat membeli-belah yang berada di persekitaran kawasan bandar Melaka..Ni antara panduan untuk ke sana...



1. Plaza Melaka Raya
No. 02-88, Jalan Merdeka, Tmn Melaka Raya, 75000 Melaka
Distance : 0.21 km away.
2. Dataran Pahlawan Melaka Megamall
Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka
Distance : 0.79 km away.
3. Mahkota Parade
No. 1, Jalan Merdeka. 75000 Malacca
Distance : 0.84 km away.
4. Parkson Grand
Mahkota Parade
Jalan Merdeka No. 1 , 75000 Malacca
Distance : 0.84 km away.
5. Ghim Lian Khim Hardware
No. 13, Jln Ayer Leleh, Ayer Leleh, 75050 Melaka
Distance : 1.14 km away.






TaMaN MiNi MaLaYsIa

Taman Mini Malaysia terletak di Ayer Keroh, Melaka bersebelahan dengan Taman Mini Asean.

Taman ini merupakan sebuah kompleks tema yang mengagumkan bagi membolehkan pengunjung melihat rumah-rumah tradisional dari kesemua 13 negeri di Malaysia dari Sabah hingga ke Perlis dengan hanya satu lawatan.

Kompleks ini memaparkan rumah-rumah bersaiz sebenar yang asli. Rumah-rumah ini dibina oleh pembina yang pakar. Setiap rumah telah dilengkapi dengan elemen yang berkaitan, ditambah dengan keaslian yang menjadikan rumah tersebut mempunyai nilai tradisi yang tersendiri. Anda terasa seperti melawat ke negeri itu sendiri..

PERLIS


PENANG



KEDAH


PERAK



SELANGOR

NEGERI SEMBILAN



MELAKA

JOHOR




KELANTAN

TERENGGANU


PAHANG

Rumah Dusun Lutud (SABAH)




Rumah panjang SARAWAK (SARAWAK)