Saya selitkan serba sedikit maklumat tentang bunga ini..

Nama saintifiknya Vallaris glabra. Batangnya keras dan padat berwarna kuning keputihan serta mengeluarkan getah putih yang amat lekit. Lekitnya tidak hilang jika tidak dicuci dengan sabun.
LaWaTaN yAnG PaStInYa MeNyErOnOkKaN!!!
Posted by Miss Hasana at 6:32 PM 0 comments
Terdapat bermacam-macam makanan istimewa di negeri Melaka. Begitu juga dengan msakan tradisionalnya yang lazat-lazat belaka..Di sini saya sertakan beberapa contoh makanan yang paling popular di Melaka..
Asam Pedas Ikan Pari
Posted by Miss Hasana at 6:12 PM 0 comments
JoM mAnDi-MaNdA...!!!
Peta Lokasi A Famosa Water World
Taman Tema Air yang canggih di Melaka. Terletak berdekatan Simpang Empat, Alor Gajah, Taman Tema Air A'Famosa dilengkapi dengan kemudahan rekreasi dan permainan air yang menepati tahap antarabangsa yang memenuhi citarasa keriangan dan keseronokan semua.
Waktu Dibuka :
Hari | Masa |
Isnin, Selasa, Jumaat | 12:00pm - 7:30 pm |
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum | 9:00am - 8:00 pm |
Taman Tema ini ditutup pada hari Rabu dan Khamis kecuali pada Cuti Umum dan Cuti Sekolah. Sementara jualan tiket ditutup pada 6.30pm (hari biasa) dan 7.00pm (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.)
Yuran Masuk :
Status | Yuran |
Dewasa | RM 18.00 |
*Kanak - kanak | RM 13.00 |
*Tinggi lebih tiga kaki/Bawah 12 tahun
Yuran merangkumi semua permainan air.
Selain itu, Taman Tema Air A'Famosa turut menawarkan pelbagai kemudahan penginapan dan rekreasi antaranya:
Untuk sebarang keterangan lanjut, sila hubungi:
A Famosa Water Theme Park Sdn. Bhd.
Jalan Kemus,
Simpang Empat,
78000 Alor Gajah
Melaka.
Tel: +606 552 0969
Fax: +606 552 0979
Posted by Miss Hasana at 5:48 PM 0 comments
Istana Kesultanan Melaka (replika Istana Kesultanan Melayu Melaka) terletak di kaki Bukit St. Paul. Replika Istana ini dibina semula berdasarkan catatan Sejarah Melayu yang menggambarkan keunikan senibina Istana Melayu, di zaman Sultan Mansur Shah yang memerintah dari tahun 1456 hingga 1477.Senang cerita, replika ni menggambarkan bentuk sebenar Istana Kesultanan Melaka pada ketika itu.
Secara keseluruhannya muzium ini memperlihatkan fungsi dan peranan istana ketika itu dengan memaparkan Balairong Seri, Bilik Beradu Diraja dan balai-balai yang melambangkan ketamadunan masyarakat Melayu.
Posted by Miss Hasana at 5:31 PM 0 comments
Labels: I
Untuk membeli-belah di Melaka adalah amat mudah...Terdapat banyak shopping complex yang sesuai dengan citarasa dan juga bajet anda.Di sini saya selitkan beberapa tempat membeli-belah yang berada di persekitaran kawasan bandar Melaka..Ni antara panduan untuk ke sana...
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted by Miss Hasana at 1:22 AM 0 comments
Taman Mini Malaysia terletak di Ayer Keroh, Melaka bersebelahan dengan Taman Mini Asean.
Taman ini merupakan sebuah kompleks tema yang mengagumkan bagi membolehkan pengunjung melihat rumah-rumah tradisional dari kesemua 13 negeri di Malaysia dari Sabah hingga ke Perlis dengan hanya satu lawatan.
Kompleks ini memaparkan rumah-rumah bersaiz sebenar yang asli. Rumah-rumah ini dibina oleh pembina yang pakar. Setiap rumah telah dilengkapi dengan elemen yang berkaitan, ditambah dengan keaslian yang menjadikan rumah tersebut mempunyai nilai tradisi yang tersendiri. Anda terasa seperti melawat ke negeri itu sendiri..
PENANG
Rumah Dusun Lutud (SABAH)
Rumah panjang SARAWAK (SARAWAK)
Posted by Miss Hasana at 12:33 AM 0 comments