BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, April 21, 2010

JaLaN hAnG jEbAt

Jalan Hang Jebat (Jonker Walk)

Destinasi ini merupakan destinasi yang mesti dilawati oleh penggemar barangan antik dan pembeli yang mahukan barangan pada harga berpatutan. Bahan artifak dan peninggalan sejarah yang berusia lebih 300 tahun boleh ditemui di sini.Terdapat pelbagai jenis barangan lama yang setiap satu mempunyai sejarah dan kisahnya yang tersendiri boleh didapati di sini.

Jalan Hang Jebat dahulunya dikenali sebagai Jonker Walk amat popular di kalangan pengumpul barangan antik sebagai salah satu tempat utama untuk mendapatkan barangan antik pada harga yang berpatutan.Beberapa buah kafe dan kedai kraf telah dibuka di sini dan secara tidak langsung memberikan kawasan ini keunikan suasana iaitu 'yang lama-bertemu yang baru'.

0 comments: