BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 20, 2010

sEjArAh MeLaKa..

Asal-usul negeri Melaka...


Melaka amat dikenali kerana keunikan sejarahnya. Sejarah bermula apabila Parameswara, putera raja palembang terlibat dalam satu peperangan yang bertujuan untuk merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14...
Setelah ditumpaskan oleh Majapahit,Parameswara melarikan diri untuk mencari tempat perlindungan di Temasik yang mana pada ketika itu dikuasai oleh Siam... Malangnya penjajah dari Siam mengusir baginda dan pengikut- pengikutnya dari Temasik..Kemudiannya mereka mengundurkan diri ke Muar dan kemudiannya ke Sungai Ujong sebelum singgah berhenti di Bertam..Setibanya mereka di Bertam, baginda melihat anjing buruannya ditendang oleh seekor pelanduk putih..
Baginda amat terpegun dan kagum di atas keberanian pelanduk putih tersebut
lalu membuat keputusan untuk membuka negeri di situ...Semasa ingin mencari nama yang
sesuai untuk negeri tersebut,baginda menanyakan kepada pengikutnya apakah nama
pokok tempat baginda bersandar itu...Kemudian pengikutnya memberitahu bahawa nama
pokok tersebut ialah pokok Melaka.Baginda begitu berkenan dengan nama tersebut lantas
menamakan negeri tersebut sempena nama pokok Melaka..

Maka.....terciptalah sebuah negeri yang bernama MELAKA..






















0 comments: