BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, April 21, 2010

Mari ke Kampung Morten...

ViLLa SeNtOsA Di KaMpUnG MoRtEn

Villa Sentosa merupakan sebuah rumah yang terletak di Kampung Morten, satu-satunya kampung Melayu yang terdapat di tengah-tengah Bandar Melaka.. Rumah ini dibina pada suku pertama abad ke-20 dengan gaya rekabentuk sezaman.

Kemudian, setelah menyedari ianya mampu menjadi tarikan pelancong,rumah itu dijadikan muzium persendirian oleh pemiliknya, Tuan Hj. Hashim bin Dato Demang Hj. Abdul Ghani.Sebaik sahaja memasuki Villa Sentosa, anda pastinya kagum dan teruja.Ini kerana, ianya mempunyai sejarah yang tersendiri di mana seolah-olah dapat membawa para pengunjung kembali ke tahun "Akta Pembaharuan Tanah British 1920"..

Jadi pastikan anda tidak terlepas peluang ini seberadanya anda di Melaka..Di sini juga para pengunjung boleh melihat koleksi pakaian, tenunan Melayu, perabot, senapang dan pelbagai lagi tinggalan sejarah yang unik..Bahkan, sekiranya anda ingin menanyakan sesuatu yang tidak dipamerkan di Villa Sentosa, anda bolehlah bertanya sendiri kepada pemilik rumah tersebut..


0 comments: