BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 22, 2010

MaSJiD kAmPuNg HuLu


Sejarah Masjid Kampung Hulu....


Kalau anda semua ingin tahu,masjid ini merupakan yang tertua di Melaka di mana ia telah dibina pada tahun 1728. Gaya senibinanya yang unik tidak boleh ditemui di tempat lain di negara ini.

Masjid ini dibina sewaktu zaman penjajahan Belanda dan merupakan masjid tertua di negara ini. Gaya senibinanya yang unik menggabungkan senibina Sumatera, Hindu dan Barat.

Kesemua bahagian bangunan masjid yang asal telah diganti dengan konkrit kecuali keempat-empat tiang dan bahagian atap masjid. Di dalam perkarangan masjid terdapat makam Sayyid Abdullah Al-Haddad, seorang guru agama yang terkenal yang dianggap ramai sebagai Wali.

Masjid Kampung Hulu terletak hanya selang satu jalan dari Jonker Street. Oleh itu, jangan lupa berkunjung ke masjid ini untuk melihat keindahan senibinanya sekiranya anda melawat Jonker Walk.

0 comments: